Tuesday, April 26, 2011

sam menangis??sedihnye..huhuhu




Tidak pernah menyangka dirinya bakal menyandang gelaran artis paling popular dalam ABPBH ini, menurut Sam, angan-angannya semenjak tiga tahun lepas menjadi kenyataan yang paling bermakna tahun ini. Mengalirkan air mata ketika sidang media dilakukan pada malam itu, Sam melahirkan rasa bangga kerana dia sudah menjadi apa yang diharapkan oleh ibunya selama ini.







"Hidup saya hanya ada emak saya, dia yang membesarkan saya selama ini tanpa ayah dan bagi saya dia adalah segala-galanya sekarang ini.

"Saya langsung tidak menyangka saya akan menang malam ini, bila nama diumumkan fikiran saya hanya terfikirkan emak saya dan sebab itu saya berlari kepadanya.

"Saya terlalu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan pada malam ini, terima kasih pada yang menyokong saya selama ini, kepada para penerbit yang tidak jemu menjemput saya menjayakan filem mereka, pada para wartawan yang tidak pernah berputus asa membuat cerita-cerita saya biarpun adakalanya saya rasakan tiada cerita yang menarik tentang diri saya tetapi mereka tetap mencari saya dan menulis tentang saya sehingga ia menarik perhatian peminat.


"Pada semua peminat-peminat saya, yang banyak menyokong saya untuk sampai ketahap ini dan pada semua yang menaikkan nama saya selama ini. Sebaik mana sekalipun atau sehebat mana pun saya sekarang ini, tanpa bantuan peminat saya tidak akan berada di atas pentas malam ini untuk anugerah artis paling popular ini.


"Sebenarnya semenjak kemenangan Mawi tiga tahun lepas, saya sudah berangan-angan sekiranya saya yang naik ke pentas untuk anugerah paling popular ini, tetapi akhirnya angan-angan saya menjadi kenyataan.





Shaheizy Sam Abdul Samad yang mesra disapa Sam ini bukanlah artis baru, malah jika diselak semula fail-fail kehidupan lamanya, nama Shaheizy Sam sudah mula memasuki dunia seni ini semenjak dia berusia 12 tahun lagi, iaitu sewaktu dia membintangi filem Sama Tapi Tak Serupa bergandingan dengan pengacara popular, Aznil Hj Nawawi.



Biarpun tidak ada yang menyedari watak kecilnya dalam filem itu, Sam kemudiannya meneruskan kerjayanya selepas tamat PMR dengan melakonkan watak Pa'e dalam satu drama tv arahan Saian Salimon. Bertitik tolak daripada drama inilah nama Sam meniti bibir para peminat. Bakat Sam benar-benar terserlah apabila diberi peluang membawakan watak remaja yang kurang kasih sayang hingga melayakkan drama itu menerima 2 pencalonan di Anugerah Skrin 1998.




Namun oleh kerana terlalu meminati dunia muzik, Sam kemudiannya menyepikan diri dalam dunia lakonan dan menumpukan perhatian terhadap kumpulan Hip Hop yang bergelar M.O.B. Biarpun berjaya mendaki populariti pada awal tahun 2010, namun, nasib M.O.B tidak seterang yang diharapkan.








Sam kemudiannya kembali ke dunia lakonan pada usianya 20 tahun, iaitu sekitar tahun 2003. Dia muncul dalam projek filem digital indie arahan Woo Min Jing berjudul The Son, yang disiarkan menerusi slot televisyen Odisi di ntv7 ini, Sam berpeluang bekerja bersama pelakon-pelakon veteran seperti Afida Es, Yalal Chin dan Hashim Osman.


Berjinak-jinak semula dalam kehidupan orang pelakon, Sam melalui pelbagai dugaan untuk menaikkan nama sebaris dengan artis-artis popular. Namun, hanya pada tahun 2010, namanya mula dipandang tinggi oleh penonton-penonton setelah dia membintangi filem Adnan Semp-It.



Berkait dengan perkara itu, gelagat Sam mula ditiru dan segala tingkah lakunya mula menjadi perhatian. Sam semakin menjadi sebutan bukan sahaja peminat tetapi juga para penerbit filem, apa sahaja yang dilakukan tidak kira filem ataupun drama, Sam semakin menjadi perhatian.


Biarpun baru memenangi satu anugerah dalam dunia hiburan iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Evolusi KL Driff 2 dalam Festival Filem Malaysia (FFM) 2010 yang lalu, namun kekuatan lakonan yang ada padanya tetap menjadi perhatian peminat.

Malah, ada yang mengandaikan, kejayaan filem Ngangkung merebut keuntungan sebanyak RM8 juta adalah bertitik tolak daripada populariti Sam ketika itu.


Dan kini, melihat pada usaha, penat lelah dan pencapaian yang dikecapi sekarang layaklah lelaki bernama Shaheizy Sam ini di nobatkan sebagai artis paling popular 2010!





kredit to manggon9

luv salma


Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis


Nama Panggilan : Salma


Bangsa / Agama : Melayu/Islam


Asal : Tawau, Sabah


Umur : 21


Jantina : Perempuan


Pekerjaan : Kerani





















Saban minggu protege didikan Erra Fazira dalam Mentor 5 mendapat perhatian kerana kemampuannya menunjukkan persembahan yang memberangsangkan. Bagai sudah melihat aksi sang juara bila menonton persembahannya minggu ini.






Salma sudah dilihat calon yang memberi saingan paling sengit. Malah sudah ada yang mula meramalkan dialah yang bakal menjuarai Mentor 5. Bukanlah menidakkan kemampuan peserta lain, tetapi setelah tiga konsert, Salma terus berada di tangga atas menyanyi lima peserta lain.






Jeritan Batinku yang memang menjerit.Kehebatan Salma bak kata pengkritik tetap, Datuk Ramli MS sepatutnya menjadi peniup semangat kepada peserta lain untuk mengejarnya dengan memberikan persembahan yang terbaik. Minggu ini Salma mendapat pujian Ramli kerana berjaya memikat hatinya menerusi lagu-lagu medley Penasaran dan Kopi Dangdut serta duet bersama Azlan (Azlan & The Typewriter) menerusi lagu Jeritan Batinku.







"Saya ni susah nak puji... tapi malam ini kamu sangat bagus," kata Ramli sejurus selepas Salma dan Azlan selesai dengan tugas duet mereka.
Mentornya Erra berkata, dia memilih Azlan untuk memberikan lebih cabaran kepada anak didik kerana kelantangan suara Azlan sememangnya diakui ramai.
"Kalau Salma boleh setanding dengan Azlan, bagi saya dia sudah berjaya memuaskan hati. Saya pilih lagu Jeritan Batinku kerana lagu yang dinyanyikan semula oleh Azlan itu sedang in sekarang dan Azlan sedang popular dengan lagu itu. Kiranya ini win and win situation lah," kata Erra.











kredit to manggaonline,ohbulan,BN



Tuesday, April 19, 2011

smile 4 DATUK SITI NURHALIZA











Tidak terkilan mengundurkan diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010), bagi penyanyi popular Dato Siti Nurhaliza, tindakannya itu sedikit-sebanyak telah menggembirakan hatinya.



Malah, jelas Siti, pengundurannya itu secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada wajah-wajah baru untuk meraih gelaran Bintang Paling Popular serta dan mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular.



“Saya gembira apabila dapat melihat wajah-wajah baru yang memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular iaitu Yuna dan Shaheizy Sam. Orang ramai turut gembira dengan kemenangan tersebut dan saya rasa tindakan yang saya lakukan ini amat wajar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan ABPBH2010 itu.






ABPBH 2010 menyaksikan kategori Penyanyi Wanita Popular menjadi milik penyanyi Yuna manakala kategori Pelakon Lelaki Filem Popular pual berpihak kepada aktor Shaheizy Sam yang sekaligus menerima undian tertinggi untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2010.



Sebelum ini gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2010 tersebut acapkali dimiliki oleh Siti Nurhaliza. Antara artis lain yang pernah meraih gelaran tersebut adalah Saiful Apek, Rosyam Nor, Mawi dan Nabil.



Ditanya tentang perasaannya tatkala, Shaheizy Sam mengucapkan terima kasih kepadanya di atas kerana pengunduran dalam Malam Kemuncak ABPBH 2010 tempoharo, pelantun lagu Biarlah Rahsia ini serta-merta memberikan senyuman manis. Malah kata Siti, Sam nampak cute.



“Tahniah saya ucapkan kepada dia dan memang dia layak menang Bintang Paling Popular. Dia cute! Malah kenyataannya juga cute. Saya memang minat dia dan lakonannya.Saya pernah jumpa dia sebelum ini dan dia seorang yang baik dan merendah diri. Tak berlagak dan senang didekati,” ujar Siti yang berpuas hati dengan segala keputusan ABPBH 2010 pada malam tersebut.






Wednesday, April 6, 2011

Jang Geun Suk


Name: Jang Geun Seok Profession: Actor, singer, and model Birthdate: 1987-Aug-04 Height: 182cm Weight: 63kg Star sign: Leo Blood type: A

TV Shows Mary Stayed Out All Night (KBS2, 2010) You're Beautiful (SBS, 2009)

Beethoven Virus (MBC, 2008)


Hong Gil Dong (KBS2, 2008)

Hwang Jin Yi (KBS2, 2006) Alien Sam (2006) Lovers in Prague (SBS, 2005) Nonstop 4 (MBC, 2003) Daemang (SBS, 2002) Orange (SBS, 2002)

Movies
You Pet (2010) Itaewon Murder Case / The Case of Itaewon Homicide (2009) Members of the Funeral (2008) Baby and Me (2008) Do Re Mi Fa So La Ti Do (2008) Going Crazy Waiting / The Longest 24 Months (2007) Happy Life (2007) One Missed Call Final (2006)

Recognitions 2010 KBS Drama Awards: Netizen Award (Mary Stayed Out All Night) 2010 KBS Drama Awards: Best Couple Award with Moon Geun Young (Mary Stayed Out All Night) 2009 SBS Drama Awards: Top Ten Stars Award (You're Beautiful) 2009 SBS Drama Awards: Netizen Popularity Award (You're Beautiful) 2008 KBS Drama Awards: Popularity Award (Hong Gil Dong) 2008 MBC Drama Awards: Best New Actor Award (Beethoven Virus) 2006 KBS Drama Awards: Best Couple Award with Ha Ji Won (Hwang Jin Yi)

Trivia Education: Seoul Dong Eui Elementary, Kwang Jang Middle School, New Zealand Nelson College, Bang San High School, Han Yang University (Theater and Film major) Hobbies: Snowboard, skiing, dancing, and singing

Biodata Shaheizy Sam

NAMA SEBENAR: Shaheizy Sam Abd Samad TARIKH LAHIR: 4 September 1982 ASAL: Petaling Jaya, Selangor KERJAYA: Pelakon ANTARA TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Pa'e, Sama Tak Serupa, Graduan, Impak Maksima, KL Menjerit, Jangan Pandang Belakang 2, Legasi 43 Karat, Seiras Maya, Noda Semalam, The Son FILEM: Adnan Sempit, Evolusi KL Drift 2, Jangan Pandang Belakang Congkak, Syurga Cinta ,Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Niyang Rapik,ngangkung, Kongsi, Sekali Lagi PENCAPAIAN: Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia Ke 22 (2009) - kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem 2009 (FFM 22) Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-Finalis 2010 (FFM 23) Evolusi KL Drift 2 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-Menang 2010 ABPBH 2010 Bintang Paling Popular & Pelakon Filem Lelaki Popular 2011: Kongsi - (Pelakon Utama) 2010: Ngangkung - (Pelakon Utama) Evolusi KL Drift 2 - (Pelakon Utama) Niyang Rapik - (Pelakon Utama) Adnan Semp-It - (Pelakon Utama) 2009: Jangan Pandang Belakang Congkak - (Pelakon Utama) Syurga Cinta - (Pelakon Pembantu) Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam - (Pelakon Utama) 1995: Sama Tak Serupa - (Pelakon Pembantu) Sam ialah anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik kepada dramatis, Khaty Fudziah Musa bersama bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Abdul Samad Jaaman. Tiga lagi adik beradiknya terlibat dalam bidang seni iaitu salah seorang abangnya Ahmad Shah Al-Jeffry yang pernah menempa nama sebagai ahli kumpulan pop 90-an, A to Z. Kakaknya, aktres '''Zizie Ezette''' pula terkenal sebagai salah seorang aktres ternama yang banyak membintangi drama-drama bermutu serta pernah dua kali meraih trofi Aktres Terbaik. Seorang lagi abangnya, Samzy Fuzette pula sekadar mencuba nasib dalam bidang lakonan selama beberapa tahun dan kini aktif dalam bidang perniagaan. Sam mempunyai seorang lagi kakak yang tidak terlibat dalam bidang seni iaitu Jozieta Ronalie Abdul Samad. Penglibatan keluarga Mummy Khaty dalam bidang seni bertitik-tolak daripada pembabitan Zizie Ezette dalam bidang lakonan ketika berusia 14 tahun serta kemunculan Jeff bersama A to Z pada 1996. Semuanya bermula setelah kematian bapa Sam pada 9 April 1995 akibat kanser yang kronik. Allahyarham sempat menitip pesan kepada Khaty untuk menentukan hala tuju keluarga. Ibu tunggal lima anak itu berkata, ketika itu suaminya menyuruh dia memilih sama ada bekerja di pejabat atau menemani Zizie ke lokasi penggambaran. Menurut Kathy, jika dia mahu Zizie menjadi pelakon, dia perlu berhenti kerja kerana arwah suaminya bimbangkan keselamatan anaknya itu. Apabila Zizie mendapat tawaran berlakon filem Kekasih Awal dan Akhir pada 1993, suaminya memberikan kata dua itu. Demi menyahut cabarannya, Khaty sanggup berhenti kerja dan menemani Zizie hingga dirinya pula ditawarkan menjadi pelakon. Walau mulanya suami tidak suka anak-anak jadi artis, akhirnya Allahyarham merestui. Setelah kejayaan Zizie dan Jeff, Sam akhirnya menurut jejak langkah apabila muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Sama Tapi Tak Serupa ketika beliau berusia 12 tahun. Ketika itu Sam bergandingan bersama pengacara terkenal, Aznil Nawawi serta kakaknya sendiri. Pada tahun 1998, selepas tamat menduduki peperiksaan PMR, Sam muncul dalam drama TV berjudul Pa'e arahan Shaharuddin Sulaiman. atau lebih dikenali sebagai Saian Salimon. Bertitik tolak daripada drama inilah nama Sam meniti bibir para peminat. Bakat Sam benar-benar terserlah apabila diberi peluang membawakan watak remaja yang kurang kasih sayang hingga melayakkan drama itu menerima 2 pencalonan di Anugerah Skrin 1998. Selepas diperkenalkan menerusi telemovie Pae, nama Sam terus sepi dalam dunia lakonan. Barangkali kerana impak besar terhadap watak Pa'e, tiada pengarah yang berani menawarkan watak baru buat Sam. Sejak itu Sam banyak menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga tamat sekolah pada tahun 2001. Begitupun, Sam yang berusia 18 tahun ketika itu pernah memasang niat untuk menyambung pelajaran dalam kursus kejuruteraan bunyi kerana Sam memang meminati bidang muzik berbanding lakonan. Selain duduk saja di rumah, Sam juga memperlengkaplkan diri untuk menjadi pemuzik dengan mempelajari gitar dan keyboard serta sudah mula menubuhkan kumpulan vokalnya sendiri yang lebih cenderung membawa muzik irama hip hop dan R&B. Bersama Syed Hussein atau Sein (yang kemudiannya menyertai Ruffedge)dan Shear Khan serta Haziman Ramli, mereka menubuhkan kumpulan rap M.O.B dan bergerak secara underground sebelum kerjaya seni mereka direncanakan oleh A to Z Production. Malangnya perancangan awal Kumpulan M.O.B untuk bernaung dibawah A to Z Productions tidak kesampaian. M.O.B bagaimanapun mendapat peluang untuk bekerjasama dalam pembikinan album penyanyi tersohor Syafinaz Selamat berjudul Syyhh... Album perhargaan kepada komposer lagenda Ahmad Nawab yang diterbitkan oleh maestro muzik dan kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Saluran 8TV, Ahmad Izham Omar menerusi label Positive Tone itu menampilkan Sam dan kumpulannya berkolaborasi dalam lagu nafas baru penyanyi Broery Marantika berjudul Rinduku Rindumu. Lagu itu memanjat carta utama radio pada tahun 2001 sekaligus memperkenalkan M.O.B sebagai salah sebuah kumpulan hip-hop yang sedang mencipta nama. Pun begitu sinar M.O.B tidak seterang seperti yang diharapkan. Setelah berpeluang merakamkan projek-projek kerjasama bersama kumpulan-kumpulan hip hop yang lain, M.O.B tidak berpeluang merakam album studio sendiri. 2 buah lagu lain yang pernah dirakamkan oleh M.O.B adalah lagu "Foo" dan "Don't Cha Worry" (menampilkan Ruffedge). Pada tahun 2003, ketika berusia 20 tahun Sam kembali ke pentas lakonan apabila diberi peluang untuk muncul dalam projek filem digital indie arahan Woo Min Jing berjudul The Son. Bergenre seram dramatik, The Son merungkai psikologi remaja berusia 15 tahun yang berhubungan dengan sepasang suami isteri. Remaja lelaki lakonan Sam itu yang suka memberontak, mendapat perlindungan di rumah pasangan suami isteri di mana masing-masing melayannya dengan cara tersendiri. Si isteri menunjukkan kasih sayang tetapi suami pula bersikap dingin. Bermula dari kekeliruan itu, remaja berkenaan mula mencari jawapan dan kebenaran. Menerusi filem digital yang disiarkan menerusi slot televisyen Odisi di ntv7 ini, Sam berpeluang bekerja bersama pelakon-pelakon veteran seperti Afida Es, Yalal Chin dan Hashim Osman. Agak lama menyepi dan tenggelam timbul dalam bidang lakonan, hanya ketika beliau berusia 24 tahun Sam memilih untuk terus aktif dalam bidang lakonan. Aktif membintangi drama-drama TV seperti Bisikan Hati, Elly, Noda Semalam dan Kasanova XXL, bakat lakonan Sam yang pernah mekar suatu ketika dulu kini digilap semula. Sam yang mengakui tidak gemar menghadiri proses ujibakat dan hanya bergantung kepada tawaran daripada rakan-rakan dalam industri kini bersedia untuk menjadi pelakon handalan yang dipuja ramai. Shamsul Yusof memberanikan diri menawarkan watak antagonis untuk Sam, biarpun atas dasar persahabatan, Sam memberikan persembahan memberangsangkan hingga mendapat pujian pengkritik filem dan media. Lakonan Sam sebagai Acai, mat rempit mereng dan panas baran mendapat tempat di hati juri hingga Sam menerima pencalonan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu di Festival Filem Malaysia ke 23 pada tahun 2009. Biarpun tewas kepada pelakon remaja Shafie Naswip yang mempamerkan lakonan mengusik jiwa dalam filem Talentime, lakonan Sam tetap diberi perhatian ramai dan dijangka akan mengungguli FFM yang akan datang. Jodoh Sam bersama studio perfileman gergasi, Metrowealth Movies Production terjadi apabila pelakon Pierre Andre menarik diri daripada membintangi filem Jangan Pandang Belakang Congkak, arahan Ahmad Idham akibat pergeseran pelakon dan pengarah muda itu dengan penerbit David Teo. Ekoran itu, belumpun sempat Sam membuktikan bakat lakonannya menerusi filem Bohsia (kerana filem itu belum ditayangkan), beliau diberi peluang untuk memegang watak Johan dalam filem itu, tambahan Sam pernah memegang watak kecil dalam sebuah lagi filem MMP iaitu Syurga Cinta. Sejak itu Sam begitu aktif membintangi filem-filem terbitan MMP dan kesemua filem lakonannya mencatat kutipan box-office. Pada tahun 2010, Sam muncul dengan filem Adnan Semp-it dan ternyata filem tersebut meraih kutipan memberangsangkan serta paling tinggi dalam sejarah kutipan hari pertama filem di Malaysia. Sam yang sekali lagi memegang watak Mat Rempit yang kali ini bersikap hopeless romantic ini ternyata membuka mata penggiat seni akan bakat semulajadi yang tidak sempat digilap yang dimiliki oleh Sam ini. Sam dijangka dengan mudah akan meletakkan namanya sebagai pelakon lelaki tersohor dekad baru ini selain berjaya menempatkan diri sebagai antara pelakon berkarektor yang mempunyai nilai komersial dalam bidang lakonan. Pada tahun 2008, Sam dilaporkan hangat mengulit cinta dengan pelakon baru, Tengku Putri Najwa (Wawa) yang popular menerusi drama Dari KL ke Queenstown. Kemesraan mereka disaksikan media ketika menghadiri Festival Filem Malaysia ke-21. Difahamkan, hubungan yang terjalin lebih setahun itu mendapat restu kedua-dua keluarga, cuma Sam dan Wawa buat masa ini mahu memberi tumpuan pada karier seni. Awal tahun 2010, Sam dilaporkan kembali solo. Kesibukan berlakon menyebabkan beliau tidak ada masa untuk berfikir soal untuk menamatkan zaman bujangnya. Sam kini suka menghabiskan masa bersendirian dengan menonton filem sekali gus mengembangkan minda. Aktiviti lain kegemarannya ialah ke pusat beli belah dan bersembang dengan kawan di laman sosial Facebook. Sam yang pernah putus cinta dua kali juga mengakui belum bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hati setelah putus dengan Wawa juga mencari wanita yang memenuhi ciri-ciri yang diimpikan seperti suka tersenyum dan tidak cakap banyak. Selain itu, dia mestilah mempunyai ciri-ciri wanita sejati. Sam juga tidak kisah dia daripada golongan artis atau tidak.

pilihan hati ku....










salam...



Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 hari tu memang gempaq la...dengan zizan, kak engku n sharifah shahira sebagai pengacara memang best siot...kat sini aku nak kongsi antara artis yang aku suka tengok.....




























































usop wilcha....lawak der....














Salam...




sejak sam menang, aku selalu post pasal dia..hari ni nak post pasal Usop Wilcha la pulak...tapi copycat dari news2 tempatan..ye la..kalau bukan kita yg sokong,sapa lagi nak sokong brg tempatan...








PEMILIK nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun. Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.




"Saya agak terkejut pada mulanya apabila saya keluar beli barang dapur di pasar raya ada mata-mata memerhati, senyum dan kemudian minta untuk bergambar dengan saya. "Peminat juga memanggil saya dengan nama Usop Wilcha bukannya Shy8. Saya juga sudah terbiasa dengan panggilan Usop. Memang Usop lebih popular daripada Shy8. "Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya memulakan bicara.




Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan. "Saya muda lagi . Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya.




Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 8 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dia juga tidak menyangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sepatutnya menjadi filem terakhirnya merupakan permulaannya untuk kembali ke gelanggang seni.







"Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga. "Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad. Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid.



Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu. "Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya. "Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya. "Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.



Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.




"Saya harap peminat filem tempatan akan terus menyokong industri perfileman tempatan dan juga menyokong filem terbaru Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. "Bagaimana jalan cerita filem itu, peminat kena nantikan sendiri. Ia masih ada sentuhan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, cuma kali ini subjeknya berubah," ucapnya.





Sejarah seni Shy8 Ramai yang tidak tahu, sebelum Shy8 terjun ke bidang lakonan, dia terlebih dahulu bergelar penyanyi dan pernah melahirkan sebuah album yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996. Menyifatkan album yang mendapat sentuhannya sendiri secara keseluruhan sebagai album syok sendiri, hayat Shy8 sebagai penyanyi tidak bertahan lebih daripada setahun. Selepas kecundang dengan album itu, dia mula bekerja secara bebas di sebuah syarikat pengiklanan demi kesinambungan hidup. Sambil itu, dia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, bermula dengan pelakon tambahan kepada pelakon yang mempunyai dialog. Tetapi dia tidak pernah diberi watak yang besar.



"Macam-macam kerja saya buat selepas saya tidak berjaya jadi penyanyi (ketawa). Saya buat album syok sendiri, siapa yang nak dengar. "Tetapi saya tidak minat sangat untuk serius dalam lakonan, bagaimanapun semua itu berubah apabila saya membintangi filem Zombi Kampung Pisang, sejak itu saya kembali aktif berlakon. "Jika Mamat Khalid tidak beri peluang kepada saya, saya tidak akan berada di sini. Mungkin sudah jodoh saya dengannya, dialah penggerak utama saya. Kami cukup serasi, sehingga hari ini saya sudah kenal dia selama 10 tahun," jelasnya.




kredit to kosmo,metro n google


Tuesday, April 5, 2011

Trofi penyuntik semangat





BAGAI menyorot ramalan dan percaturan ramai pihak media, aktor popular yang mencetus fenomena melalui Adnan Sempit dan Ngangkung yang mencatat kutipan ‘box-office’, Shaheizy Samad Sam, 29, berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), kelmarin.
Pengunduran penghibur terkenal, Datuk Siti Nurhaliza daripada terus dicalonkan jelas membuka laluan kepada wajah baru untuk merampas gelaran itu selepas berada selesa dalam genggamannya sebanyak tujuh kali selain 13 kali untuk kategori Penyanyi Wanita Popular.

Kemenangan Sam sudah dijangka berdasarkan sambutan penonton terhadap dua filemnya itu mencatat kutipan RM7.8 juta dan RM8.4 juta, meyakinkan Sam mempunyai ramai peminat. Sam mendapat pengiktirafan utama itu dengan undian 126,168 undian.
Acara kemuncak majlis kali ke-24 ini cukup menarik apabila dua bintang popular Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang turut mencecah kutipan RM8 juta, Johan dan Usop Wilcha diberi penghargaan mengumumkan keputusan itu. Telatah Usop berkerusi roda dengan aksi goyang tangan yang menjadi trademarknya dalam filem arahan Mamat Khalid itu, bukan saja mencuit hati penonton malah menggamatkan acara sepanjang hampir tiga jam majlis berlangsung.
Malah tindakan spontan Sam membawa ibunya, Khaty Fauziah ke pentas siap dengan kerusi roda menjadikan detik kemuncak itu seperti satu drama sedangkan semua itu berlaku secara spontan. Ketika keputusan diumumkan, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sibuk ditemuramah di luar dewan.Sam menerima anugerah itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times (M) Sdn Bhd (NSTP), Datuk Anthony Bujang dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Sebelum itu, Sam diumumkan menang Pelakon Filem Lelaki Popular menewaskan Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Remy Ishak dan Bront Palarae.

Sam yang ditemui selepas selesai majlis, tidak dapat menahan air matanya. Adik pelakon Zizie Ezette ini menyifatkan kemenangannya bagai sebuah simbolik kepada impiannya yang tersembunyi sejak kecil lagi di awal pembabitannya dalam dunia lakonan.
Meneliti jauh ke dalam matanya, Sam menyimpan seribu satu cerita indahnya. Lama terdiam, menahan sebak di hati sebaik diajukan persoalan mengenai tindakannya yang turut memimpin ibunya ke pentas dan berkali-kali mengucup di depan khalayak, aktor berbakat besar ini mula mengalirkan air matanya.
“Mummy adalah inspirasi dan insan yang patut saya raikan dengan kemenangan ini. Sepanjang menjadi pelakon sejak kecil, dia adalah satu-satunya peminat yang tidak pernah mematahkan semangat sebaliknya sentiasa setia menyokong minat saya. Trofi ini adalah untuknya."

“Mungkin saya emosi kerana mengimbau semula detik kami sekeluarga. Mummy membesarkan saya sendirian tanpa suami lama dulu, namun setiap ruang dalam diri saya dididik sempurna olehnya. Dia sentiasa meletak saya di atas kepentingannya sendiri selain percaya, suatu hari nanti saya akan dapat apa yang diinginkan. “Justeru saya begitu berterima kasih kepadanya serta keluarga yang setiap masa berdiri bersama. Malah paling penting ingin saya ekspresi, peminat adalah segala-galanya kerana tanpa mereka, tidak mungkin saya diangkat setinggi ini,” katanya.

Katanya, pengiktirafan diberi sebagai pembakar semangat dan trofi Bintang Paling Popular dianggap sesuatu yang ajaib dalam kerjayanya sebagai pelakon.

“Jujurnya, saya pernah terfikir betapa seronoknya menjulang gelaran ini ketika melihat pemenang-pemenang lalu. Namun jauh di hati, saya sedar semua itu mustahil memandangkan saya melihat publisiti serta pesona popular itu begitu jauh daripada diri. “Selama ini, tiada apa yang menarik mengenai saya untuk diperkatakan selain soal kerjaya. Justeru, mana mungkin saya berpeluang memegang trofi itu. “Ada benarnya kata Mummy dan keluarga, kadang-kadang kita tidak dapat melihat setia peminat yang sanggup mengundi. Buktinya, saya menang malam ini. Ia memang satu cenderahati atas usaha selama ini.

“Trofi ini adalah penyuntik semangat untuk saya melakukan sesuatu yang lebih baik di masa depan. Mungkin ini juga satu tanggungjawab kepada saya agar sentiasa peka dan berusaha untuk membayar semula segala sokongan peminat yang tidak henti berdiri di belakang,” katanya.



kredit to myMetro

Teman Wanita Shaheizy Sam Mesti Ringan Tangan - Ibu

Sam membawa ibunya naik ke pentas selepas diumumkan sebagai Artis Paling Popular 2010. Ibu kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Khaty Fauziah mengaku anak bongsunya itu belum mempunyai teman wanita. Bercerita lanjut mengenai jodoh anaknya yang mesra dengan nama Sam, Khaty Fauziah terbuka berkongsi tentang kriteria calon menantu pilihan.
“Sam belum ada teman wanita kerana saya akan tahu mengenai semua anak saya jika mereka mempunyai teman istimewa. " (1000x like..YES!!!)



“Kalau boleh, saya nak calon menantu yang bersopan menghormati saya sebagai mertua dan ringan tangan. " (agak2 tercalon x)...huhuhuh



Saya nak wanita yang boleh menjaga Sam seperti mana saya menjaga dia, boleh menjaga makan minumnya kerana Sam masih makan bersuap dan sangat menyukai masakan saya,” kata Khaty yang mesra disapa mummy ini. ( I LIKE)



Sebalik kemenangan Sam sebagai Artis Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010, Ahad, Khaty mengaku tidak putus mengundi anaknya setiap hari.

“Setiap hari, saya membeli akhbar untuk mengundi Sam daripada hari pertama undian ABP2010 bermula dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sebanyak RM20 sehari. “Jika saya lupa atau sibuk dengan kerja dalam sehari, saya akan menghantar SMS dua kali ganda pada esok harinya. “Saya rasa bersalah kalau tak menyokong dia. Kalau tidak ibunya yang menyokong, siapa lagi yang nak sokong anaknya. "Saya merupakan peminatnya nombor satu,” ujarnya yang meminati setiap lakonan Sam kerana anaknya sering memberikan lakonan yang berbeza-beza.

Ternyata kesungguhan Khaty untuk melihat anaknya memenangi gelaran tersebut berbaloi kerana gelaran itu dirasakan terlalu tinggi untuk dicapai. “Sebenarnya, sebagai seorang ibu, memang saya nak dia menang. Tetapi saya tidak merasakan dia mudah untuk menang. “Saya tidak mahu dia terlalu berharap dan kecewa kelak, jadi apabila di rumah kami tidak pernah berbual tentang isu siapa paling popular sebaliknya berserah kepada Allah,” luahnya.

Kejayaan Sam sebagai Artis Paling Popular melayakkan dia memenangi kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 dan hadiah iringan lain.


kredit to Mstar...

Monday, April 4, 2011

Semua adalah Pemenang....ABPBH 2010

Senarai Pemenang ABPBH 2010 malam tadi......

Pelakon Filem Lelaki Popular & Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam Penyanyi Wanita Popular - Yuna


Artis Duo/Berkumpulan Popular &

Artis Mobile Popular– Sixth Sense


Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha &

Pelakon TV Lelaki Popular -Remy Ishak


Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail


Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah


Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani


Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi



Artis Baru Lelaki Popular – Shahir




Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali



Penyampai Radio Wanita Popular &

Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana



Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan



Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil




Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir






Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
CONGRATZ TO ALL OF YOU......KEPUTUSAN YANG MANTAP...TERBAIK
kredit gambar : beautifulnara , oh bulan & google...hehehehe