Wednesday, April 6, 2011

pilihan hati ku....










salam...



Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 hari tu memang gempaq la...dengan zizan, kak engku n sharifah shahira sebagai pengacara memang best siot...kat sini aku nak kongsi antara artis yang aku suka tengok.....




























































usop wilcha....lawak der....














Salam...




sejak sam menang, aku selalu post pasal dia..hari ni nak post pasal Usop Wilcha la pulak...tapi copycat dari news2 tempatan..ye la..kalau bukan kita yg sokong,sapa lagi nak sokong brg tempatan...








PEMILIK nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun. Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.




"Saya agak terkejut pada mulanya apabila saya keluar beli barang dapur di pasar raya ada mata-mata memerhati, senyum dan kemudian minta untuk bergambar dengan saya. "Peminat juga memanggil saya dengan nama Usop Wilcha bukannya Shy8. Saya juga sudah terbiasa dengan panggilan Usop. Memang Usop lebih popular daripada Shy8. "Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya memulakan bicara.




Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan. "Saya muda lagi . Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya.




Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 8 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dia juga tidak menyangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sepatutnya menjadi filem terakhirnya merupakan permulaannya untuk kembali ke gelanggang seni.







"Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga. "Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad. Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid.



Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu. "Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya. "Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya. "Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.



Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.




"Saya harap peminat filem tempatan akan terus menyokong industri perfileman tempatan dan juga menyokong filem terbaru Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. "Bagaimana jalan cerita filem itu, peminat kena nantikan sendiri. Ia masih ada sentuhan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, cuma kali ini subjeknya berubah," ucapnya.





Sejarah seni Shy8 Ramai yang tidak tahu, sebelum Shy8 terjun ke bidang lakonan, dia terlebih dahulu bergelar penyanyi dan pernah melahirkan sebuah album yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996. Menyifatkan album yang mendapat sentuhannya sendiri secara keseluruhan sebagai album syok sendiri, hayat Shy8 sebagai penyanyi tidak bertahan lebih daripada setahun. Selepas kecundang dengan album itu, dia mula bekerja secara bebas di sebuah syarikat pengiklanan demi kesinambungan hidup. Sambil itu, dia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, bermula dengan pelakon tambahan kepada pelakon yang mempunyai dialog. Tetapi dia tidak pernah diberi watak yang besar.



"Macam-macam kerja saya buat selepas saya tidak berjaya jadi penyanyi (ketawa). Saya buat album syok sendiri, siapa yang nak dengar. "Tetapi saya tidak minat sangat untuk serius dalam lakonan, bagaimanapun semua itu berubah apabila saya membintangi filem Zombi Kampung Pisang, sejak itu saya kembali aktif berlakon. "Jika Mamat Khalid tidak beri peluang kepada saya, saya tidak akan berada di sini. Mungkin sudah jodoh saya dengannya, dialah penggerak utama saya. Kami cukup serasi, sehingga hari ini saya sudah kenal dia selama 10 tahun," jelasnya.




kredit to kosmo,metro n google


Tuesday, April 5, 2011

Trofi penyuntik semangat





BAGAI menyorot ramalan dan percaturan ramai pihak media, aktor popular yang mencetus fenomena melalui Adnan Sempit dan Ngangkung yang mencatat kutipan ‘box-office’, Shaheizy Samad Sam, 29, berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), kelmarin.
Pengunduran penghibur terkenal, Datuk Siti Nurhaliza daripada terus dicalonkan jelas membuka laluan kepada wajah baru untuk merampas gelaran itu selepas berada selesa dalam genggamannya sebanyak tujuh kali selain 13 kali untuk kategori Penyanyi Wanita Popular.

Kemenangan Sam sudah dijangka berdasarkan sambutan penonton terhadap dua filemnya itu mencatat kutipan RM7.8 juta dan RM8.4 juta, meyakinkan Sam mempunyai ramai peminat. Sam mendapat pengiktirafan utama itu dengan undian 126,168 undian.
Acara kemuncak majlis kali ke-24 ini cukup menarik apabila dua bintang popular Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang turut mencecah kutipan RM8 juta, Johan dan Usop Wilcha diberi penghargaan mengumumkan keputusan itu. Telatah Usop berkerusi roda dengan aksi goyang tangan yang menjadi trademarknya dalam filem arahan Mamat Khalid itu, bukan saja mencuit hati penonton malah menggamatkan acara sepanjang hampir tiga jam majlis berlangsung.
Malah tindakan spontan Sam membawa ibunya, Khaty Fauziah ke pentas siap dengan kerusi roda menjadikan detik kemuncak itu seperti satu drama sedangkan semua itu berlaku secara spontan. Ketika keputusan diumumkan, anak kelahiran Kuala Lumpur ini sibuk ditemuramah di luar dewan.Sam menerima anugerah itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times (M) Sdn Bhd (NSTP), Datuk Anthony Bujang dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Sebelum itu, Sam diumumkan menang Pelakon Filem Lelaki Popular menewaskan Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Remy Ishak dan Bront Palarae.

Sam yang ditemui selepas selesai majlis, tidak dapat menahan air matanya. Adik pelakon Zizie Ezette ini menyifatkan kemenangannya bagai sebuah simbolik kepada impiannya yang tersembunyi sejak kecil lagi di awal pembabitannya dalam dunia lakonan.
Meneliti jauh ke dalam matanya, Sam menyimpan seribu satu cerita indahnya. Lama terdiam, menahan sebak di hati sebaik diajukan persoalan mengenai tindakannya yang turut memimpin ibunya ke pentas dan berkali-kali mengucup di depan khalayak, aktor berbakat besar ini mula mengalirkan air matanya.
“Mummy adalah inspirasi dan insan yang patut saya raikan dengan kemenangan ini. Sepanjang menjadi pelakon sejak kecil, dia adalah satu-satunya peminat yang tidak pernah mematahkan semangat sebaliknya sentiasa setia menyokong minat saya. Trofi ini adalah untuknya."

“Mungkin saya emosi kerana mengimbau semula detik kami sekeluarga. Mummy membesarkan saya sendirian tanpa suami lama dulu, namun setiap ruang dalam diri saya dididik sempurna olehnya. Dia sentiasa meletak saya di atas kepentingannya sendiri selain percaya, suatu hari nanti saya akan dapat apa yang diinginkan. “Justeru saya begitu berterima kasih kepadanya serta keluarga yang setiap masa berdiri bersama. Malah paling penting ingin saya ekspresi, peminat adalah segala-galanya kerana tanpa mereka, tidak mungkin saya diangkat setinggi ini,” katanya.

Katanya, pengiktirafan diberi sebagai pembakar semangat dan trofi Bintang Paling Popular dianggap sesuatu yang ajaib dalam kerjayanya sebagai pelakon.

“Jujurnya, saya pernah terfikir betapa seronoknya menjulang gelaran ini ketika melihat pemenang-pemenang lalu. Namun jauh di hati, saya sedar semua itu mustahil memandangkan saya melihat publisiti serta pesona popular itu begitu jauh daripada diri. “Selama ini, tiada apa yang menarik mengenai saya untuk diperkatakan selain soal kerjaya. Justeru, mana mungkin saya berpeluang memegang trofi itu. “Ada benarnya kata Mummy dan keluarga, kadang-kadang kita tidak dapat melihat setia peminat yang sanggup mengundi. Buktinya, saya menang malam ini. Ia memang satu cenderahati atas usaha selama ini.

“Trofi ini adalah penyuntik semangat untuk saya melakukan sesuatu yang lebih baik di masa depan. Mungkin ini juga satu tanggungjawab kepada saya agar sentiasa peka dan berusaha untuk membayar semula segala sokongan peminat yang tidak henti berdiri di belakang,” katanya.



kredit to myMetro

Teman Wanita Shaheizy Sam Mesti Ringan Tangan - Ibu

Sam membawa ibunya naik ke pentas selepas diumumkan sebagai Artis Paling Popular 2010. Ibu kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Khaty Fauziah mengaku anak bongsunya itu belum mempunyai teman wanita. Bercerita lanjut mengenai jodoh anaknya yang mesra dengan nama Sam, Khaty Fauziah terbuka berkongsi tentang kriteria calon menantu pilihan.
“Sam belum ada teman wanita kerana saya akan tahu mengenai semua anak saya jika mereka mempunyai teman istimewa. " (1000x like..YES!!!)



“Kalau boleh, saya nak calon menantu yang bersopan menghormati saya sebagai mertua dan ringan tangan. " (agak2 tercalon x)...huhuhuh



Saya nak wanita yang boleh menjaga Sam seperti mana saya menjaga dia, boleh menjaga makan minumnya kerana Sam masih makan bersuap dan sangat menyukai masakan saya,” kata Khaty yang mesra disapa mummy ini. ( I LIKE)



Sebalik kemenangan Sam sebagai Artis Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010, Ahad, Khaty mengaku tidak putus mengundi anaknya setiap hari.

“Setiap hari, saya membeli akhbar untuk mengundi Sam daripada hari pertama undian ABP2010 bermula dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sebanyak RM20 sehari. “Jika saya lupa atau sibuk dengan kerja dalam sehari, saya akan menghantar SMS dua kali ganda pada esok harinya. “Saya rasa bersalah kalau tak menyokong dia. Kalau tidak ibunya yang menyokong, siapa lagi yang nak sokong anaknya. "Saya merupakan peminatnya nombor satu,” ujarnya yang meminati setiap lakonan Sam kerana anaknya sering memberikan lakonan yang berbeza-beza.

Ternyata kesungguhan Khaty untuk melihat anaknya memenangi gelaran tersebut berbaloi kerana gelaran itu dirasakan terlalu tinggi untuk dicapai. “Sebenarnya, sebagai seorang ibu, memang saya nak dia menang. Tetapi saya tidak merasakan dia mudah untuk menang. “Saya tidak mahu dia terlalu berharap dan kecewa kelak, jadi apabila di rumah kami tidak pernah berbual tentang isu siapa paling popular sebaliknya berserah kepada Allah,” luahnya.

Kejayaan Sam sebagai Artis Paling Popular melayakkan dia memenangi kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 dan hadiah iringan lain.


kredit to Mstar...

Monday, April 4, 2011

Semua adalah Pemenang....ABPBH 2010

Senarai Pemenang ABPBH 2010 malam tadi......

Pelakon Filem Lelaki Popular & Bintang Paling Popular ABPBH2010 – Shaheizy Sam Penyanyi Wanita Popular - Yuna


Artis Duo/Berkumpulan Popular &

Artis Mobile Popular– Sixth Sense


Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha &

Pelakon TV Lelaki Popular -Remy Ishak


Penyampai Radio Popular – Faizal Ismail


Artis Komedi Wanita Popular - Noor Khiriah


Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani


Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi



Artis Baru Lelaki Popular – Shahir




Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali



Penyampai Radio Wanita Popular &

Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana



Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan



Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato Rosnani Jamil




Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir






Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani
CONGRATZ TO ALL OF YOU......KEPUTUSAN YANG MANTAP...TERBAIK
kredit gambar : beautifulnara , oh bulan & google...hehehehe

hepi nye.....





Shaheizy Sam -Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2010 & Pelakon Filem Lelaki Popular

I like 1000x kali.....YES!!!!!

Seronok giler dia menang.....


Pak Nil pun menang...lagi bertambah kegembiraan aku...hahaha..... well done to both of u..


Pengacara TV Lelaki Popular-Aznil Haji Nawawi

Tapi kenapa muka Pak Nil macam sedih???
Yang paling aku tak sangka menang ialah:




Pelakon TV Wanita Paling Popular – Fasha Sandha

Ish2x..aku rasa kalau tempat Fasha Sandha digantikan ngn Lisa Surihani mesti ramai yang suka...


Suka tengok gambar Lisa..comel

Monday, February 28, 2011

2011






it's my 1st blog for 2011..huhuhu...setelah sekian lama mem'bz' kn diri dgn keje.....


kwn2 ckp aku menghilangkan diri tp aku tetap kt cni..
aku kurang faham ayat menghilangkan diri tu.....
hp kn ada....helo2 la....kalau mls pn nk call, SMS kn blh....

tapi aku bt derk je lah..
mls nk fikir benda2 mcm 2...
fikir keje lg bgs....



aku ni rasa mcm nak blk kmpng je...tp tiket fly mhal la pulak..dgr2 mencecah ribu..fuh..
gilaz la....sapa nk sponser tiket fly aku..angkat tangan?...hehehehe...
nk sesuatu benda kena la berusaha sendiri kn..
.jgn harap kan org nk sponser kita je....hendak seribu daya ...



sekarang hobi aku dh berubah....dl rasa mcm malas nk blk rmh lps waktu keje...
tp skarang aku mcm x sbr2 nk blk rumah sebab nk tengok......




nazim othman.....




so now ada dua orang yg aku minat...
1st : shaheizy sam






2nd nazim othman






whatever la sape pn nak kutuk bila aku post blog ni...tp setiap daripada kita pn ada
minat artis kn...
tipu la kalau x de minat mana2 artis...kn bagus kalau kita lebih minat kt artis malaysia
daripada kita tergila-gila kt artis luar malaysia...




that why i'm proud to say i love malaysia...
i love sarawak...huhuhu..



that all for now....




kalau ada kereta wira aeroback, boleh saya menumpang pergi,
kalau ada cerita menarik, boleh saya menulis lagi...





HUHUHUHU......................




sayonara

asta la vista


mulakan hari mu dengan .......