Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Kerani
Saban minggu protege didikan Erra Fazira dalam Mentor 5 mendapat perhatian kerana kemampuannya menunjukkan persembahan yang memberangsangkan. Bagai sudah melihat aksi sang juara bila menonton persembahannya minggu ini.
Jeritan Batinku yang memang menjerit.Kehebatan Salma bak kata pengkritik tetap, Datuk Ramli MS sepatutnya menjadi peniup semangat kepada peserta lain untuk mengejarnya dengan memberikan persembahan yang terbaik. Minggu ini Salma mendapat pujian Ramli kerana berjaya memikat hatinya menerusi lagu-lagu medley Penasaran dan Kopi Dangdut serta duet bersama Azlan (Azlan & The Typewriter) menerusi lagu Jeritan Batinku.
"Saya ni susah nak puji... tapi malam ini kamu sangat bagus," kata Ramli sejurus selepas Salma dan Azlan selesai dengan tugas duet mereka.
Mentornya Erra berkata, dia memilih Azlan untuk memberikan lebih cabaran kepada anak didik kerana kelantangan suara Azlan sememangnya diakui ramai.
"Kalau Salma boleh setanding dengan Azlan, bagi saya dia sudah berjaya memuaskan hati. Saya pilih lagu Jeritan Batinku kerana lagu yang dinyanyikan semula oleh Azlan itu sedang in sekarang dan Azlan sedang popular dengan lagu itu. Kiranya ini win and win situation lah," kata Erra.
kredit to manggaonline,ohbulan,BN
No comments:
Post a Comment