Tuesday, June 7, 2011

aLL in one

salam dan selamat sejahtera semua....

hari ni 07/06/2011

genap la sebulan aku kt ofiz baru ni.....

al-so far so good la bagi aku...

sebenarnya...bkn tentang opiz br aku nk cerita...

aku...ermmm....

aku...rindu...

rindu..kepada...



monyet dua ekor ni...hehehe



ni anak buah aku...

yang kakak bernama......



dayang @ nur atikah najwa a.k.a WAWA



masuk ni dah 2 tahun lbh umur dia...aku pn x sure..cuma yang aku ingat..beberapa bulan lepas dia lahir..aku terpaksa pergi menyahut seruan JPA untuk berkhidmat di semenanjung....

yang ni dh pandai bercakap dah...dulu aku jeles bila dengar kawan2 aku bercakap dengan anak buah or adik2 or baby2..comel sangat..tapi bila wawa dah pandai bercakap..aku apa lagi..ambil kesempatan ni untuk menebus rasa kejelesan aku dulu...siap 3g lagi



kakak aku cakap yang wawa sekarang dah ikut perangai aku...iaitu...kuat gelak kan orang,kuat sakat orang,suka lawan mak aku...suka buat benda mencabar..hahahaha..yang paling penting kakak aku cakap perangai wawa sejibik perangai aku masa aku kecik..aku tahu mesti kakak aku sakit hati nak handle wawa sebab dulu masa aku kecik kakak aku cakap,dalam banyak2 adik dia,aku yang paling dia tak tahan..menyakitkan hati je...hihihi


yang second pula.....


nur aleesya nadia a.k.a NADIA


nadia ni, raya tahun lepas je aku jumpa dia...berebut orang nak pegang...dulu masa wawa kecik semua orang nak pegang..tapi sekarang disebabkan wawa dah besar n nadia yang kecik so semua pergi kat nadia...

nadia lahir waktu aku dah bertapa di bumi semenanjung ni...kakak aku ada la cerita yang dia tengah mengandung...so aku pun buat macam biasa je la kan...bukan aku boleh tolong dia pun..dia kat sarawak aku pula kat semenanjung....

tiba2 satu pagi setelah 9 bulan....
bapa aku call....dia beritahu aku yang kakak aku dah selamat melahirkan anak kucing..eh..salah... anak dia...

nak cerita panjang pun..keje berlambak kat meja ni...aku selitkan gambar je la..so enjoize...




wawa tengah tolong gosok baju adiknye



nadia yang ehmmm....cumil











wawa,nadia n their aunty...





my sista




my sista n her hubby



me n my couz..time muda2..hehehe




dad






my lil bro


my lil sista



me n incik farid





my older bro




my bro



my parentzz




nadia n my couz






P/S : dengar2 kakak aku pregnant lagi..huhuhuhu



Friday, May 20, 2011

we are the champ

it's holiday




minggu lepas my incik farid datang kl,
aku pun dengan solehah nye menjemput incik farid kat pwtc..
letih wo..dari tempat keje aku pegi pwtc...ish..x kisah la..janji dia sampai..

incik farid cakap kat aku, minggu ni pegi rumah kakak dia,kat Port Dickson...
aku pun kata ok la sebab dah tension ngn keje,
jadi aku ingat la nak release tension kat pantai...
nak romantik antik gitu..hahaha





incik farid kat pantai








gambar aku time nk jemput incik farid kt pwtc








tibe2 incik farid cakap kat aku, x perlu pegi pantai la...kita pegi muzium tentera darat kat PD tu..aku terus ternganga..biar betik incik farid???


aku pun pandang dia dengan muka seposen...dia tengok muka aku, dia cakap "yela,pegi pantai la..kang x ikut kata dia, menangis macam monyet laparkan susu nespray"...aku terus tarik muka,,,dalam hati aku ada macam2 perasaan..gembira sebab dia setuju nak pegi pantai, marah sebab dia kata menangis macam monyet laparkan susu nespray...


aku dengan sakit hatinya menjawab, "kalau tau aku ni beruk, kenapa kau nak juga kat aku, pegi la cari beruk lain..." sumpah aku x tahan bila dia cubit tangan aku... macam dia x tau aku ni jenis x tahan bila kena cubit...lame giler dia cubit..

masa tu,kalau aku diberi pilihan, nak kene cubit ke kene penampar,kofirm dengan cepatnye aku menjawab,nak kene tampar....sakit wo kene cubit...
hehehe



gambar masa kat Port Dickson...enjoy..letak sikit je la ek...




nak pg alor gajah,sape nk ikut




ni nak pg cameron highland..naik heli




peluru ni aku nak tuju kt sape ek





nite mase nk hantar incik farid kt pwtc...

sekarang telah berada di terengganu...


ishh..seedey nye...


ape pun hujung minggu aku terisi dengan projek cuti-cuti malaysia. thanks to my incik farid yang mempunyai minat nak melancong dalam malaysia and minat dengan tempat-tempat bersejarah...

next destination?? masih dalam perancangan.

Thursday, May 12, 2011

I WANT THIS STUFF.....



BAJU FILEM KONGSI






BAJU I LOVE BORNEO CREW....



Nak dua stuff ni...incik farid boleh x belikan utk saya....plizzzzzz


ha.....jangan lupa tengok cerita KONGSI.....

Esok aku nk g tengok cerita kongsi dgn incik farid....takut pulak kalau tiket sold out...ish..minta2 x la sold out


muka aku yg keletihan tapi disebabkan poster sam..nk juga




my incik farid









with my kazen....letih sbb tgu wayang pukul 12 tengah mlm..
cerita THOR.best woo...berbaloi-baloi








Tuesday, April 26, 2011

sam menangis??sedihnye..huhuhu




Tidak pernah menyangka dirinya bakal menyandang gelaran artis paling popular dalam ABPBH ini, menurut Sam, angan-angannya semenjak tiga tahun lepas menjadi kenyataan yang paling bermakna tahun ini. Mengalirkan air mata ketika sidang media dilakukan pada malam itu, Sam melahirkan rasa bangga kerana dia sudah menjadi apa yang diharapkan oleh ibunya selama ini.







"Hidup saya hanya ada emak saya, dia yang membesarkan saya selama ini tanpa ayah dan bagi saya dia adalah segala-galanya sekarang ini.

"Saya langsung tidak menyangka saya akan menang malam ini, bila nama diumumkan fikiran saya hanya terfikirkan emak saya dan sebab itu saya berlari kepadanya.

"Saya terlalu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan pada malam ini, terima kasih pada yang menyokong saya selama ini, kepada para penerbit yang tidak jemu menjemput saya menjayakan filem mereka, pada para wartawan yang tidak pernah berputus asa membuat cerita-cerita saya biarpun adakalanya saya rasakan tiada cerita yang menarik tentang diri saya tetapi mereka tetap mencari saya dan menulis tentang saya sehingga ia menarik perhatian peminat.


"Pada semua peminat-peminat saya, yang banyak menyokong saya untuk sampai ketahap ini dan pada semua yang menaikkan nama saya selama ini. Sebaik mana sekalipun atau sehebat mana pun saya sekarang ini, tanpa bantuan peminat saya tidak akan berada di atas pentas malam ini untuk anugerah artis paling popular ini.


"Sebenarnya semenjak kemenangan Mawi tiga tahun lepas, saya sudah berangan-angan sekiranya saya yang naik ke pentas untuk anugerah paling popular ini, tetapi akhirnya angan-angan saya menjadi kenyataan.





Shaheizy Sam Abdul Samad yang mesra disapa Sam ini bukanlah artis baru, malah jika diselak semula fail-fail kehidupan lamanya, nama Shaheizy Sam sudah mula memasuki dunia seni ini semenjak dia berusia 12 tahun lagi, iaitu sewaktu dia membintangi filem Sama Tapi Tak Serupa bergandingan dengan pengacara popular, Aznil Hj Nawawi.



Biarpun tidak ada yang menyedari watak kecilnya dalam filem itu, Sam kemudiannya meneruskan kerjayanya selepas tamat PMR dengan melakonkan watak Pa'e dalam satu drama tv arahan Saian Salimon. Bertitik tolak daripada drama inilah nama Sam meniti bibir para peminat. Bakat Sam benar-benar terserlah apabila diberi peluang membawakan watak remaja yang kurang kasih sayang hingga melayakkan drama itu menerima 2 pencalonan di Anugerah Skrin 1998.




Namun oleh kerana terlalu meminati dunia muzik, Sam kemudiannya menyepikan diri dalam dunia lakonan dan menumpukan perhatian terhadap kumpulan Hip Hop yang bergelar M.O.B. Biarpun berjaya mendaki populariti pada awal tahun 2010, namun, nasib M.O.B tidak seterang yang diharapkan.








Sam kemudiannya kembali ke dunia lakonan pada usianya 20 tahun, iaitu sekitar tahun 2003. Dia muncul dalam projek filem digital indie arahan Woo Min Jing berjudul The Son, yang disiarkan menerusi slot televisyen Odisi di ntv7 ini, Sam berpeluang bekerja bersama pelakon-pelakon veteran seperti Afida Es, Yalal Chin dan Hashim Osman.


Berjinak-jinak semula dalam kehidupan orang pelakon, Sam melalui pelbagai dugaan untuk menaikkan nama sebaris dengan artis-artis popular. Namun, hanya pada tahun 2010, namanya mula dipandang tinggi oleh penonton-penonton setelah dia membintangi filem Adnan Semp-It.



Berkait dengan perkara itu, gelagat Sam mula ditiru dan segala tingkah lakunya mula menjadi perhatian. Sam semakin menjadi sebutan bukan sahaja peminat tetapi juga para penerbit filem, apa sahaja yang dilakukan tidak kira filem ataupun drama, Sam semakin menjadi perhatian.


Biarpun baru memenangi satu anugerah dalam dunia hiburan iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Evolusi KL Driff 2 dalam Festival Filem Malaysia (FFM) 2010 yang lalu, namun kekuatan lakonan yang ada padanya tetap menjadi perhatian peminat.

Malah, ada yang mengandaikan, kejayaan filem Ngangkung merebut keuntungan sebanyak RM8 juta adalah bertitik tolak daripada populariti Sam ketika itu.


Dan kini, melihat pada usaha, penat lelah dan pencapaian yang dikecapi sekarang layaklah lelaki bernama Shaheizy Sam ini di nobatkan sebagai artis paling popular 2010!





kredit to manggon9

luv salma


Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis


Nama Panggilan : Salma


Bangsa / Agama : Melayu/Islam


Asal : Tawau, Sabah


Umur : 21


Jantina : Perempuan


Pekerjaan : Kerani





















Saban minggu protege didikan Erra Fazira dalam Mentor 5 mendapat perhatian kerana kemampuannya menunjukkan persembahan yang memberangsangkan. Bagai sudah melihat aksi sang juara bila menonton persembahannya minggu ini.






Salma sudah dilihat calon yang memberi saingan paling sengit. Malah sudah ada yang mula meramalkan dialah yang bakal menjuarai Mentor 5. Bukanlah menidakkan kemampuan peserta lain, tetapi setelah tiga konsert, Salma terus berada di tangga atas menyanyi lima peserta lain.






Jeritan Batinku yang memang menjerit.Kehebatan Salma bak kata pengkritik tetap, Datuk Ramli MS sepatutnya menjadi peniup semangat kepada peserta lain untuk mengejarnya dengan memberikan persembahan yang terbaik. Minggu ini Salma mendapat pujian Ramli kerana berjaya memikat hatinya menerusi lagu-lagu medley Penasaran dan Kopi Dangdut serta duet bersama Azlan (Azlan & The Typewriter) menerusi lagu Jeritan Batinku.







"Saya ni susah nak puji... tapi malam ini kamu sangat bagus," kata Ramli sejurus selepas Salma dan Azlan selesai dengan tugas duet mereka.
Mentornya Erra berkata, dia memilih Azlan untuk memberikan lebih cabaran kepada anak didik kerana kelantangan suara Azlan sememangnya diakui ramai.
"Kalau Salma boleh setanding dengan Azlan, bagi saya dia sudah berjaya memuaskan hati. Saya pilih lagu Jeritan Batinku kerana lagu yang dinyanyikan semula oleh Azlan itu sedang in sekarang dan Azlan sedang popular dengan lagu itu. Kiranya ini win and win situation lah," kata Erra.











kredit to manggaonline,ohbulan,BN



Tuesday, April 19, 2011

smile 4 DATUK SITI NURHALIZA











Tidak terkilan mengundurkan diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010), bagi penyanyi popular Dato Siti Nurhaliza, tindakannya itu sedikit-sebanyak telah menggembirakan hatinya.



Malah, jelas Siti, pengundurannya itu secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada wajah-wajah baru untuk meraih gelaran Bintang Paling Popular serta dan mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular.



“Saya gembira apabila dapat melihat wajah-wajah baru yang memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular iaitu Yuna dan Shaheizy Sam. Orang ramai turut gembira dengan kemenangan tersebut dan saya rasa tindakan yang saya lakukan ini amat wajar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan ABPBH2010 itu.






ABPBH 2010 menyaksikan kategori Penyanyi Wanita Popular menjadi milik penyanyi Yuna manakala kategori Pelakon Lelaki Filem Popular pual berpihak kepada aktor Shaheizy Sam yang sekaligus menerima undian tertinggi untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2010.



Sebelum ini gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2010 tersebut acapkali dimiliki oleh Siti Nurhaliza. Antara artis lain yang pernah meraih gelaran tersebut adalah Saiful Apek, Rosyam Nor, Mawi dan Nabil.



Ditanya tentang perasaannya tatkala, Shaheizy Sam mengucapkan terima kasih kepadanya di atas kerana pengunduran dalam Malam Kemuncak ABPBH 2010 tempoharo, pelantun lagu Biarlah Rahsia ini serta-merta memberikan senyuman manis. Malah kata Siti, Sam nampak cute.



“Tahniah saya ucapkan kepada dia dan memang dia layak menang Bintang Paling Popular. Dia cute! Malah kenyataannya juga cute. Saya memang minat dia dan lakonannya.Saya pernah jumpa dia sebelum ini dan dia seorang yang baik dan merendah diri. Tak berlagak dan senang didekati,” ujar Siti yang berpuas hati dengan segala keputusan ABPBH 2010 pada malam tersebut.