Tuesday, April 19, 2011

smile 4 DATUK SITI NURHALIZA











Tidak terkilan mengundurkan diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010), bagi penyanyi popular Dato Siti Nurhaliza, tindakannya itu sedikit-sebanyak telah menggembirakan hatinya.



Malah, jelas Siti, pengundurannya itu secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada wajah-wajah baru untuk meraih gelaran Bintang Paling Popular serta dan mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular.



“Saya gembira apabila dapat melihat wajah-wajah baru yang memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular iaitu Yuna dan Shaheizy Sam. Orang ramai turut gembira dengan kemenangan tersebut dan saya rasa tindakan yang saya lakukan ini amat wajar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan ABPBH2010 itu.






ABPBH 2010 menyaksikan kategori Penyanyi Wanita Popular menjadi milik penyanyi Yuna manakala kategori Pelakon Lelaki Filem Popular pual berpihak kepada aktor Shaheizy Sam yang sekaligus menerima undian tertinggi untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2010.



Sebelum ini gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2010 tersebut acapkali dimiliki oleh Siti Nurhaliza. Antara artis lain yang pernah meraih gelaran tersebut adalah Saiful Apek, Rosyam Nor, Mawi dan Nabil.



Ditanya tentang perasaannya tatkala, Shaheizy Sam mengucapkan terima kasih kepadanya di atas kerana pengunduran dalam Malam Kemuncak ABPBH 2010 tempoharo, pelantun lagu Biarlah Rahsia ini serta-merta memberikan senyuman manis. Malah kata Siti, Sam nampak cute.



“Tahniah saya ucapkan kepada dia dan memang dia layak menang Bintang Paling Popular. Dia cute! Malah kenyataannya juga cute. Saya memang minat dia dan lakonannya.Saya pernah jumpa dia sebelum ini dan dia seorang yang baik dan merendah diri. Tak berlagak dan senang didekati,” ujar Siti yang berpuas hati dengan segala keputusan ABPBH 2010 pada malam tersebut.






No comments:

Post a Comment