Tuesday, April 5, 2011

Teman Wanita Shaheizy Sam Mesti Ringan Tangan - Ibu

Sam membawa ibunya naik ke pentas selepas diumumkan sebagai Artis Paling Popular 2010. Ibu kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Khaty Fauziah mengaku anak bongsunya itu belum mempunyai teman wanita. Bercerita lanjut mengenai jodoh anaknya yang mesra dengan nama Sam, Khaty Fauziah terbuka berkongsi tentang kriteria calon menantu pilihan.
“Sam belum ada teman wanita kerana saya akan tahu mengenai semua anak saya jika mereka mempunyai teman istimewa. " (1000x like..YES!!!)



“Kalau boleh, saya nak calon menantu yang bersopan menghormati saya sebagai mertua dan ringan tangan. " (agak2 tercalon x)...huhuhuh



Saya nak wanita yang boleh menjaga Sam seperti mana saya menjaga dia, boleh menjaga makan minumnya kerana Sam masih makan bersuap dan sangat menyukai masakan saya,” kata Khaty yang mesra disapa mummy ini. ( I LIKE)



Sebalik kemenangan Sam sebagai Artis Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010, Ahad, Khaty mengaku tidak putus mengundi anaknya setiap hari.

“Setiap hari, saya membeli akhbar untuk mengundi Sam daripada hari pertama undian ABP2010 bermula dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sebanyak RM20 sehari. “Jika saya lupa atau sibuk dengan kerja dalam sehari, saya akan menghantar SMS dua kali ganda pada esok harinya. “Saya rasa bersalah kalau tak menyokong dia. Kalau tidak ibunya yang menyokong, siapa lagi yang nak sokong anaknya. "Saya merupakan peminatnya nombor satu,” ujarnya yang meminati setiap lakonan Sam kerana anaknya sering memberikan lakonan yang berbeza-beza.

Ternyata kesungguhan Khaty untuk melihat anaknya memenangi gelaran tersebut berbaloi kerana gelaran itu dirasakan terlalu tinggi untuk dicapai. “Sebenarnya, sebagai seorang ibu, memang saya nak dia menang. Tetapi saya tidak merasakan dia mudah untuk menang. “Saya tidak mahu dia terlalu berharap dan kecewa kelak, jadi apabila di rumah kami tidak pernah berbual tentang isu siapa paling popular sebaliknya berserah kepada Allah,” luahnya.

Kejayaan Sam sebagai Artis Paling Popular melayakkan dia memenangi kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 dan hadiah iringan lain.


kredit to Mstar...

No comments:

Post a Comment