Tuesday, April 26, 2011

sam menangis??sedihnye..huhuhu




Tidak pernah menyangka dirinya bakal menyandang gelaran artis paling popular dalam ABPBH ini, menurut Sam, angan-angannya semenjak tiga tahun lepas menjadi kenyataan yang paling bermakna tahun ini. Mengalirkan air mata ketika sidang media dilakukan pada malam itu, Sam melahirkan rasa bangga kerana dia sudah menjadi apa yang diharapkan oleh ibunya selama ini.







"Hidup saya hanya ada emak saya, dia yang membesarkan saya selama ini tanpa ayah dan bagi saya dia adalah segala-galanya sekarang ini.

"Saya langsung tidak menyangka saya akan menang malam ini, bila nama diumumkan fikiran saya hanya terfikirkan emak saya dan sebab itu saya berlari kepadanya.

"Saya terlalu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan pada malam ini, terima kasih pada yang menyokong saya selama ini, kepada para penerbit yang tidak jemu menjemput saya menjayakan filem mereka, pada para wartawan yang tidak pernah berputus asa membuat cerita-cerita saya biarpun adakalanya saya rasakan tiada cerita yang menarik tentang diri saya tetapi mereka tetap mencari saya dan menulis tentang saya sehingga ia menarik perhatian peminat.


"Pada semua peminat-peminat saya, yang banyak menyokong saya untuk sampai ketahap ini dan pada semua yang menaikkan nama saya selama ini. Sebaik mana sekalipun atau sehebat mana pun saya sekarang ini, tanpa bantuan peminat saya tidak akan berada di atas pentas malam ini untuk anugerah artis paling popular ini.


"Sebenarnya semenjak kemenangan Mawi tiga tahun lepas, saya sudah berangan-angan sekiranya saya yang naik ke pentas untuk anugerah paling popular ini, tetapi akhirnya angan-angan saya menjadi kenyataan.





Shaheizy Sam Abdul Samad yang mesra disapa Sam ini bukanlah artis baru, malah jika diselak semula fail-fail kehidupan lamanya, nama Shaheizy Sam sudah mula memasuki dunia seni ini semenjak dia berusia 12 tahun lagi, iaitu sewaktu dia membintangi filem Sama Tapi Tak Serupa bergandingan dengan pengacara popular, Aznil Hj Nawawi.



Biarpun tidak ada yang menyedari watak kecilnya dalam filem itu, Sam kemudiannya meneruskan kerjayanya selepas tamat PMR dengan melakonkan watak Pa'e dalam satu drama tv arahan Saian Salimon. Bertitik tolak daripada drama inilah nama Sam meniti bibir para peminat. Bakat Sam benar-benar terserlah apabila diberi peluang membawakan watak remaja yang kurang kasih sayang hingga melayakkan drama itu menerima 2 pencalonan di Anugerah Skrin 1998.




Namun oleh kerana terlalu meminati dunia muzik, Sam kemudiannya menyepikan diri dalam dunia lakonan dan menumpukan perhatian terhadap kumpulan Hip Hop yang bergelar M.O.B. Biarpun berjaya mendaki populariti pada awal tahun 2010, namun, nasib M.O.B tidak seterang yang diharapkan.








Sam kemudiannya kembali ke dunia lakonan pada usianya 20 tahun, iaitu sekitar tahun 2003. Dia muncul dalam projek filem digital indie arahan Woo Min Jing berjudul The Son, yang disiarkan menerusi slot televisyen Odisi di ntv7 ini, Sam berpeluang bekerja bersama pelakon-pelakon veteran seperti Afida Es, Yalal Chin dan Hashim Osman.


Berjinak-jinak semula dalam kehidupan orang pelakon, Sam melalui pelbagai dugaan untuk menaikkan nama sebaris dengan artis-artis popular. Namun, hanya pada tahun 2010, namanya mula dipandang tinggi oleh penonton-penonton setelah dia membintangi filem Adnan Semp-It.



Berkait dengan perkara itu, gelagat Sam mula ditiru dan segala tingkah lakunya mula menjadi perhatian. Sam semakin menjadi sebutan bukan sahaja peminat tetapi juga para penerbit filem, apa sahaja yang dilakukan tidak kira filem ataupun drama, Sam semakin menjadi perhatian.


Biarpun baru memenangi satu anugerah dalam dunia hiburan iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Evolusi KL Driff 2 dalam Festival Filem Malaysia (FFM) 2010 yang lalu, namun kekuatan lakonan yang ada padanya tetap menjadi perhatian peminat.

Malah, ada yang mengandaikan, kejayaan filem Ngangkung merebut keuntungan sebanyak RM8 juta adalah bertitik tolak daripada populariti Sam ketika itu.


Dan kini, melihat pada usaha, penat lelah dan pencapaian yang dikecapi sekarang layaklah lelaki bernama Shaheizy Sam ini di nobatkan sebagai artis paling popular 2010!





kredit to manggon9

2 comments: