Monday, July 18, 2011

never say never

salam

hari ni aku nak cerita pasal bisnes la pula.....

seminggu yang lalu,aku mengikuti satu perniagaan.bisnes PB.

mula-mula tu, memang aku akui macam2 perasaan ada dalam hati aku..tak cukup ruang dalam hati,perasaan tu masuk pula dalam fikiran aku..huhuhu

biasa la kan....bagi orang yang tak boleh kamceng dengan nombor2 apatah lagi bisnes macam aku ni,memang memasukkan diri dalam golongan bisnes ni sesuatu yang tak akan di lakukan bagi mengelakkan sebarang masalah...

tapi apabila difikirkan,sampai bila nak hidup makan gaji je...kalau nak memenuhi kehendak,kena la berusaha lebih...

dulu aku tak nak join sebab kena buat loan la,kena kerja lebih masa la,kena beli barang la dan macam2 lagi

tapi setelah aku masuk je bisnes ni,bisnes partner aku terus ajak aku masuk ke kelas yang di adakan pada hari sabtu 09 julai 2011 yang lalu....

dalam kelas tu,aku dapat macam2 ilmu yang aku rasakan, kat mana2 aku tak akan dapat...mula2 pakar2 doktor yang memberi ceramah serta pengalaman dorang sampai ada yang resign untuk menumpukan perhatian pada bisnes ni.kemudian para CDM2 yang telah berjaya berkongsi pula pengalaman dorang...

pada saat itu lah terdetik dalam hati aku,mungkin ini yang jalan terbaik untuk aku mengubah kehidupan aku..

so aku, lapangkan dada,lapangkan fikiran, dan bersedia menerima segala yang akan aku tempuhi selepas ini...

sekarang,aku lebih yakin untuk meneruskan niat aku untuk berjaya....


bak kata salah seorang CDM, rezeki itu ada di mana2..cuma kita kena rajin dan berusaha untuk mendapatkannya.


aku teringat kembali lagu Justin Bieber..." NEVER SAY NEVER" dan aku takkan mengalah sebelum mencuba...insya allah

No comments:

Post a Comment